Info Menarik

Friday, March 10, 2023

Friday, March 10, 2023

Set Puasa Shaklee Pilihan Ramai Dibulan Ramadhan

Tinggal beberapa hari lagi kita nak berpuasa. Dah sediakan Set Puasa Shaklee atau belum tu? Haa, kalau belum, sediakan awal-awal Set Berpuasa Shaklee ini supaya puasa kita kali ini lebih bertenaga dan mudah.

Pengalaman Mia dalam mengambil Set Puasa Shaklee ini sewaktu berpuasa sangatlah bagus. Ini kerana Mia dapat berpuasa dengan rasa yang tenang dan bertenaga. Biasala kan, kalau dah lapar tu memang rasa cepat nak marah je kan, lagi-lagi sambil menjaga anak-anak kecik ni. Memang perlukan tenaga tambahan sewaktu berpuasa. Selain itu, ibadah terawih juga dapat dilakukan tanpa rasa mengantuk dan penat. 


Set Puasa Shaklee

Sebelum Mia terangkan lebih lanjut produk yang ada dalam Set Ramadhan Shaklee, Mia terangkan dulu kenapa anda juga patut ambil Set Ramadhan Shaklee ini. Antara sebabnya adalah:


1. Mudah - Hanya perlukan kurang daripada 10 minit untuk menyediakan hidangan Sahur yang lazat dan sihat.

2. Mesra pengguna - Solusi Ramadhan Shaklee sesuai untuk seisi keluarga anda.

3. Sihat - Pelbagai manfaat untuk kesihatan sistem penghadaman, kulit yang berseri dan badan yang sihat dan kuat.

4. Lembut - Minuman berkhasiat dalam Set Puasa Shaklee ini dapat membantu anda berbuka puasa dengan selesa dan mengurangkan ketidakselesaan ketika berpuasa seperti gastrik dan pedih ulu hati.

5. Kenyang yang lama - Pengambilan produk ini akan dapat membuatkan kita rasa kenyang yang lama sewaktu berpuasa. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu lapar.

6. Bertenaga - Apabila cukup nutrisi, badan kita akan rasa lebih bertenaga dan kita dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih mudah walaupun setelah seharian berpuasa.


Sebelum itu, jom kita lihat dulu apa kata mereka apabila mengambil produk Shaklee sewaktu berpuasa. 


Haa, bestkan dengar pengalaman mereka yang dah ambil Set Puasa Shaklee ini. Didalam Set Puasa Shaklee ini terdapat 3 produk wajib yang perlu diambil. Antaranya adalah ESP, Cinch Shake dan Perfomance Drink. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza. 


Shaklee Kepala Batas

ESP (Asas kesihatan dan tenaga)
  • ESP merupakan hidangan lazat yang memberikan tenaga berterusan dan menyokong kesihatan secara menyeluruh.
  • Kaya dengan kalsium, protein dan lengkap dengan 9asid amino perlu
  • Indeks glisemik yang rendah memberikan rasa kenyang yang lama dan sentiasa bertenaga
  • mengurangkan risiko pedih ulu hati dan gastrik ketika berpuasa

Shaklee Kepala Batas
Cinch Shake (Mengenyangkan dan mengurangkan nafsu makan semasa berpuasa)

  • Minuman Shake yang sangat lazat, pantas dan berkhasiat kerana ia membekalkan nutrien yang menyamai dengan satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut.
  • Mempunyai 3 perisa berbeza iaitu coklat, latte dan vanila.
  • Mempunyai 6g serat dan indeks glisemik yang rendah memberikan rasa kenyang yang lama, sentiasa bertenaga dan mengurangkan nafsu makan ketika berpuasa.
  • Mengandungi leucine yang berfungsi untuk memelihara otot supaya sentiasa firm dan tidak menggeleber.  

Shaklee Kepala Batas

Perfomance Drink (Penghidratan dan tenaga berterusan)
  • Minuman elektrolit yang ditambah dengan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan di samping menyokong penghidratan optimum.
  • Mengekalkan hidrasi dalam badan supaya badan tidak kehilangan banyak air sewaktu berpuasa
  • Dapat mengelakkan keletihan walaupun berkerja dibawah matahari panas
  • Menghilangkan rasa haus walaupun setelah seharian berpuasa.

Jadi, memang bermakna sangat sekiranya kita boleh mengambil Set Puasa Shaklee ini sewaktu berpuasa nanti kerana banyak sangat manfaatnya. Kita tidak lagi perlu menanggung rasa lapar yang sangat sewaktu berpuasa dan sentiasa bertenaga melakukan aktiviti harian walaupun setelah seharian berpuasa.

Banyak lagi info yang boleh anda dapat di entry ini: Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee

Sekiranya anda inginkan puasa yang terbaik tahun ini, anda wajib mengambil Set Puasa Shaklee ini untuk membantu kita berpuasa dengan tenang, bertenaga dan yang penting sekali ia sangat mudah untuk diambil. Jangan berlengah lagi untuk menghubungi Mia untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan produk ini supaya kita boleh dapat set puasa ini sebelum berpuasa. 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
-------------------------------------------------------------------------------
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | Sekitar Kepala Batas
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

 

Sunday, February 26, 2023

Sunday, February 26, 2023

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Perjalanan dalam suatu bisnes yang kita ceburi ada jatuh dan bangunnya. Bukanlah mudah untuk kita konsisten dalam satu-satu bisnes yang kita sedang usahakan. Ramai yang lompat-lompat bisnes mencari rentak yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Sejujurnya, untuk menentukan kita boleh konsisten dalam satu-satu bisnes itu adalah kerana keharmonian komuniti didalam bisnes tersebut. 

Sekiranya komuniti dalam sesuatu bisnes itu tidak dapat membantu kita untuk berjaya, kita mudah untuk berputus asa. Jadi, selama Mia berada di dalam bisnes ini, Mia memang tidak boleh berhenti untuk berjaya kerana komuniti bisnes yang Mia ceburi ini sangat hebat. 

Komuniti bisnes shaklee

Ada banyak kelebihan yang ada dalam komuniti bisnes ini yang tiada dalam bisnes lain. Antaranya adalah:


1. Ukhwah yang erat

Dalam bisnes shaklee, kami sangat mementingkan ukhwah sesama ahli dalam kumpulan. Tak kiralah didalam kumpulan yang kecil atau kumpulan besar. Walaupun kami berada dibawah upline yang berbeza, kami tetap saling kenal satu sama lain. 

Secara tak langsung, silaturrahim dapat dijalinkan walaupun sebelum ni kita tak kenal satu sama lain. Semakin bertambah kawan Mia apabila masuk dalam komuniti shaklee ini. Memang sangat best.


2. Kumpulan yang positif

Disebabkan matlamat kami adalah sama, iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kami disamping untuk berjaya dalam bisnes, wujud circle yang positif dalam komuniti bisnes shaklee ini. Apabila kita berada dalam circle yang positif, tenaga kita juga akan menuju ke arah kejayaan. Kita tidak akan berada lama didalam kondisi yang down. 

Memang sangat penting untuk berada didalam komuniti bisnes yang positif. Ini kerana dalam bisnes tentunya ada masanya kita berada dibawah, jadi mereka yang positif inilah yang akan membantu kita naik semula.


3. Kongsi Ilmu

Didalam komuniti kami memang tidak lokek dengan ilmu. boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja perkongsian ilmu, idea dan cerita kejayaan yang dikongsi bersama-sama. Tidak kiralah perkongsian ini datang dari latar belakang yang berbeza, pangkat dalam bisnes yang tak sama. Dari pangkat yang rendah hinggalah ke pangkat Master Coordinator, semuanya tidak lokek dengan ilmu. 


4. Tidak bersaing tetapi saling memberi

Walaupun kami semua dalam bisnes yang sama, tetapi kami tidak kisah untuk berkongsi tips-tips untuk berjaya dalam bisnes ini. Inilah komuniti yang sangat membantu untuk berjaya. Kerana matlamat kami adalah bukanlah untuk berjaya seorang, tetapi untuk semuanya berjaya. Jadi, sangat penting untuk berada dalam komuniti yang saling membantu sama lain. 


5. Mentoring dari mentor yang telah berjaya

Sistem bisnes ini yang mudah diduplikasi, jadi sangat penting untuk ada mentoring daripada mentor yang telah berjaya. Jadi kita tidak akan terkongtang-kanting mencari rentak dalam bisnes shaklee ini. Walaupun kita sebagai pemula, bisnes ini mudah untuk kita jalankannya. 

Bukan senang untuk kita menjalankan bisnes seorang diri. Perlu ada mentor yang boleh tunjuk ajar dalam menjalankan bisnes ini. Selain itu, dengan adanya mentor, kita tidak perlu langgar dinding lagi untuk berjaya. Kita boleh ikut step yang mentor telah lalui sehingga beliau boleh berjaya.


6. Pengisian Rohani

Dalam komuniti bisnes ini banyak diterapkan pengisian rohani. Ini kerana dalam bisnes bukan sahaja kita ingin berjaya di dunia, tetapi diakhirat juga. Jadi, selain belajar tentang ilmu kesihatan dan bisnes, banyak juga pengisian rohani yang diberikan. Jadi, kita boleh seimbangkan antara semua aspek.


7. Visi & Misi yang sama

Di dalam komuniti bisnes shaklee ini, kami mempunyai misi dan visi yang sama. Selain ingin menambah sumber kewangan, kami juga ingin membantu mereka yang memerlukan produk makanan tambahan yang terbukti selamat, dan berkesan. Jadi, apabila mempunyai misi dan visi yang sama, kami akan bergerak seiring. Bukan berbisnes semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi lebih kepada educate people kepada jalan yang lebih sihat. 

8. Support system yang terbaik

Komuniti bisnes shaklee ini juga mempunyai support system yang sangat baik. Walaupun kami tidak kenal satu sama lain secara rapat, tetapi mereka mudah memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Dalam bisnes, sangat penting untuk ada support sistem yang baik, supaya bisnes kita kekal momentumnya. 

9. Sentiasa Up to Date

Dalam komuniti bisnes shaklee ini, kami sentiasa up to date tentang tips, amalan, dan cerita tentang bisnes kepada rakan-rakan bisnes. Sekiranya ada berita tentang promosi atau maklumat terbaru darai pihak shaklee, cepat aje berita sampai kepada kami semua. Tiada istilah tahu seorang diri sahaja. Akan tetapi akan berkongsi pada yang lain.

Inilah komuniti bisnes yang perlu dicari. Ciri-ciri ini perlu ada dalam setiap bisnes yang dijalankan. Tidak kiralah bisnes menjual apa barang sekalipon. Semakin besar komuniti bisnes kita, semakin kita rasa semangat untuk terus bersama mencipta kejayaan. 

Terima kasih kepada komuniti bisnes Shaklee di Malaysia ini. Sentiasa ada bila diperlukan.  

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023         

                        -------------------------------------------------------------------------------


Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia


---------------------------------------------------------------------------------
Sunday, February 26, 2023

Projek Blog Mega Shaklee 1.0: Review & Feedback

Minggu lepas, maka berakhirlah Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang ditaja oleh penaung kumpulan Euphoria iaitu Master Norita dan Master Salwa Zeyn sebagai moderator projek. Projek Blog Mega Shaklee telah berjaya ditamatkan dengan penyertaan seramai 150 lebih peserta. Memang tak sangka sambutan sangat menggalakkan daripada semua SID dalam Projek Blog Mega Shaklee ini.


Mia juga tidak ketinggalan untuk menyertai projek ini walaupun Mia masuk pada intake ke dua. Atas hati budi bicara Master Norita, beliau telah membuka dua kali pengambilan kerana penyertaan sangat menggalakkan. Mujur Mia sempat untuk join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini. 

Blog Mega Shaklee

Di dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, kami telah diberikan tugas untuk menyiapkan dua entry menggunakan keywords yang sama. Dua entry tersebut adalah tentang Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee.


Kemudian ada tugas lain yang perlu kami selesaikan dalam masa yang diberikan. Memang agak mencabar pada mulanya, akan tetapi apabila lihat pada semangat kawan-kawan untuk menyiapkannya, Mia juga rasa terpanggil untuk siapkan dengan cepat juga. 


Inilah yang dikatakan dengan semangat berpasukan. Tujuan Projek Blog Mega Shaklee ini diadakan adalah untuk mewujudkan kembali gelombang Shaklee yang telah terjadi pada tahun 2014 dulu. Jadi, kami perlu bergerak dalam kumpulan untuk menjayakan matlamat ini.

 

Ada sebab kenapa medium blog digunakan dalam projek ini. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, medium blog sangat popular, akan tetapi medium ini telah ditinggalkan kerana banyak media sosial yang lain yang lagi senang seperti Facebook, Instagram dan yang terbaru adalah TikTok. Mia dulu pon sebelum start bisnes shaklee, dah ada blog. Sehinggalah masuk dalam bisnes Shaklee pon masih menggunakan medium ini. 


Akan tetapi, sejak 2,3 tahun yang lepas, dah jarang update blog akibat kekangan masa. Jadi, apabila ada program seperti ini, memang Mia tak akan lepaskan peluang untuk sertainya kerana dalam masa yang sama Mia boleh aktifkan kembali blog Mia ini. 


Sebenarnya banyak halangan juga ketika ingin membuat task yang diberikan. Disebabkan blog Mia yang dulu dah lama tak berupdate, domain blog Mia telah dibeli oleh orang lain. Sedih sangat tau bila tahu perkara ini. Namun, Mia tak patah semangat, Mia terus buat blog baru. Insyaallah boleh naik semula dengan blog baru ini.


Jadi, di dalam projek ini banyak yang Mia boleh belajar. Salah satunya adalah erti sabar. Ini kerana dalam task ini, kita perlu meletakkan link partner kita dalam entry yang telah dibuat. Jadi, kita perlu bersabar menunggu partner kita untuk menyiapkan entry nya terlebih dahulu. Untuk naik bersama-sama, kita perlukan satu kumpulan yang bersatu hati untuk berjaya. Barulah kita akan berjaya.


Sekiranya kita nak berjaya hanya seorang, ianya sangat susah untuk dilakukan. Jadi, projek ini mengajar kami semua untuk bergerak secara berkumpulan supaya semua orang boleh berjaya. 



Tak sabar untuk sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0. Walaupun task yang diberikan akan lebih banyak dan mencabar, InsyaAllah dengan semangat berpasukan, ianya tidak akan menjadi perkara yang mustahil. Keluar dari kehidupan yang selesa akan membuatkan kita lebih kental untuk menghadapi ujian dimasa hadapan. InsyaAllah. 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
-------------------------------------------------------------------------------

Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | Sekitar Kepala Batas
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

 




Wednesday, February 15, 2023

Wednesday, February 15, 2023

Cara kurus Yang Berkesan dan Selamat Menggunakan Set Kurus Shaklee

Ramai antara kita yang ingin kurus, akan tetapi selalu tewas dengan nafsu makan dan takut untuk kurus kerana perlu berlapar. Betul kan? Akan tetapi, percaya atau tidak, ramai yang telah berjaya turunkan berat badan dengan gembira kerana tidak perlu berlapar dengan mengambil set kurus shaklee ini.

Walaupun sekarang banyak cara lain untuk kurus seperti diet Intermittent Fasting ataupun diet keto, Mia percaya bahawa sekiranya sesuatu cara diet tersebut dilakukan dengan pengambilan vitamin tambahan, ia pasti akan memudahkan lagi proses penurunan berat badan kita. 


Bagaimana Set Kurus Shaklee boleh membantu menurunkan berat badan? 

Dalam set ini, terdapat 4 mekanisme yang berlaku supaya kita dapat kurus dengan cara yang sihat.

Mekanisme yang terlibat adalah

1. Buang Toksin

Dengan bantuan herblax, ia dapatr membantu membuang toksin yang terdapat didalam usus kita. Penggunaan daun senna yang terdapat dalam herblax mampu merangsang kembali usus kita kembali kepada fungsi asalnya.



2. Bakar

Selepas segala toksin dibuang, proses kedua adalah proses pembakaran lemak-lemak yang sebelum ini terbentuk di dalam badan. Dengan bantuan Omega Guard dan Lesitin, membantu untuk memecahkan lemak-lemak kepada molekul yang lebih kecil supaya mudah untuk disingkirkan dari badan.



3. Bina

Seterusnya, badan akan membina otot dengan bantuan Cinch Shake supaya apabila badan kita telah kurus, otot kita tidak menggeleber. Jadi leusina yang terdapat didalam cinch shake ini akan mengekalkan jisim otot kita. Selain itu, protein yang terdapat didalam produk ini juga dapat membantu kita mengurangkan rasa lapar kita sewaktu melakukan diet harian. 




4. Membersih dan Detoks

Kajian menunjukkan bahawa polifenol yang terdapat dalam vivix ini terutamanya resveratrol menyerupai kesan kesihatan yang boleh kita dapat apabila kita berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu kita menurunkan berat badan. Ia juga dapat merangsang hormon yang meningkat apabila kita mengawal pengambilan kalori.


Nak tahu lebih lanjut tentang set kurus shaklee, boleh juga baca di sini: Set Kurus Shaklee Adalah Set Paling Mudah Diikuti

Sekiranya anda berminat untuk kurus dengan cara yang selamat dan berkesan, boleh hubungi mia untuk mendapatkan set ini. [KLIK SINI]


Monday, February 13, 2023

Monday, February 13, 2023

Diet Intermittent Fasting. Selamat atau tidak?

Intermittent Fasting menjadi trend popular masa sekarang bagi warga Malaysia samada mereka ingin turunkan berat badan atau inginkan badan yang sihat. Tetapi adakah intermittent fasting ini selamat diamalkan?

Nak tahu lebih lanjut tentang intermittent fasting? Jom baca sampai habis...


Intermittent Fasting



Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting atau singkatannya IF ini merupakan satu kaedah gaya pemakanan dimana kita mengasingkan waktu untuk makan dan tidak makan dalam selang masa yang tertentu. Kebiasaaannya intermittent fasting dilakukan selama 12 hingga ke 18 jam dalam sehari. 

Bagi umat Islam, intermittent fasting ini menyerupai seperti berpuasa di bulan Ramadhan, cuma bezanya dalam intermittent fasting ini, kita masih lagi boleh mengambil minuman yang kosong kalorinya. Dan juga selang masa juga tidak sama, ia bergantung kepada kemahuan kita.


Manfaat intermittent fasting

Apabila kita melakukan intermittent fasting, kita tidak boleh makan dalam selang masa tertentu. Jadi, pada waktu ini, kita memberikan masa kepada sistem penghadaman kita untuk berehat. Selain itu, fungsi organ penghadaman kita akan reset semula supaya organ kita boleh berfungsi pada tahap yang lebih bagus.

Dengan cara ini, organ badan kita akan cuba menyesuaikan dengan keadaan dimana tiada makanan diberikan kepadanya. Ia juga dapat membantu badan kita memperbaiki tekanan darah dan tahap kolesterol dalam badan kerana kita melakukan pembakaran lemak dengan lebih effektif semasa berpuasa. 

Selain itu, badan kita juga dapat memperbaiki masalah kerintangan insulin yang sering terjadi kepada pesakit diabetes. 


Golongan yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent fasting

Terdapat beberapa golongan yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent fasting kerana ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan mereka. Antaranya adalah:

  1. Ada masalah kesihatan seperti diabetes atau darah tinggi yang terpaksa mengambil ubat pada waktu-waktu tertentu
  2. Wanita hamil atau sedang menyusukan bayi
  3. Kanak-kanak
  4. Mereka yang mempunyai tekanan darah rendah
  5. Mempunyai masalah kurang berat badan atau malnutrisi
Jadi, kepada golongan yang tidak digalakkan ini haruslah berbincang dengan doktor untuk mendapatkan pandangan mereka yang lebih pakar.

Selamat atau tidak buat intermittent fasting?

Melakukan intermittent fasting lebih kurang sama seperti kita berpuasa. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak sangat manfaat apabila kita berpuasa. Jadi, intermittent fasting ini tentunya tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan kita sekiranya kita buat dengan cara yang betul.

Kepada mereka yang baru hendak mencuba intermittent fasting, dinasihatkan supaya buat pada selang masa yang rendah dahulu, kemudian barulah tingkatkan pada selang masa yang lebih lama.

Selain itu, sewaktu melakukan intermittent fasting, kita masih lagi boleh mengambil minuman yang kosong kalorinya seperti air masak, teh dan kopi tanpa gula. Ini bagi mengelakkan badan kita terdehidrasi.

Kesimpulannya, intermittent fasting ini selamat dilakukan bergantung kepada kesihatan kita dan kemampuan diri kita.

Selain itu, boleh juga baca tentang intermittent fasting: boleh turunkan berat badan

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee