Info Menarik

Sunday, February 26, 2023

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Perjalanan dalam suatu bisnes yang kita ceburi ada jatuh dan bangunnya. Bukanlah mudah untuk kita konsisten dalam satu-satu bisnes yang kita sedang usahakan. Ramai yang lompat-lompat bisnes mencari rentak yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Sejujurnya, untuk menentukan kita boleh konsisten dalam satu-satu bisnes itu adalah kerana keharmonian komuniti didalam bisnes tersebut. 

Sekiranya komuniti dalam sesuatu bisnes itu tidak dapat membantu kita untuk berjaya, kita mudah untuk berputus asa. Jadi, selama Mia berada di dalam bisnes ini, Mia memang tidak boleh berhenti untuk berjaya kerana komuniti bisnes yang Mia ceburi ini sangat hebat. 

Komuniti bisnes shaklee

Ada banyak kelebihan yang ada dalam komuniti bisnes ini yang tiada dalam bisnes lain. Antaranya adalah:


1. Ukhwah yang erat

Dalam bisnes shaklee, kami sangat mementingkan ukhwah sesama ahli dalam kumpulan. Tak kiralah didalam kumpulan yang kecil atau kumpulan besar. Walaupun kami berada dibawah upline yang berbeza, kami tetap saling kenal satu sama lain. 

Secara tak langsung, silaturrahim dapat dijalinkan walaupun sebelum ni kita tak kenal satu sama lain. Semakin bertambah kawan Mia apabila masuk dalam komuniti shaklee ini. Memang sangat best.


2. Kumpulan yang positif

Disebabkan matlamat kami adalah sama, iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kami disamping untuk berjaya dalam bisnes, wujud circle yang positif dalam komuniti bisnes shaklee ini. Apabila kita berada dalam circle yang positif, tenaga kita juga akan menuju ke arah kejayaan. Kita tidak akan berada lama didalam kondisi yang down. 

Memang sangat penting untuk berada didalam komuniti bisnes yang positif. Ini kerana dalam bisnes tentunya ada masanya kita berada dibawah, jadi mereka yang positif inilah yang akan membantu kita naik semula.


3. Kongsi Ilmu

Didalam komuniti kami memang tidak lokek dengan ilmu. boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja perkongsian ilmu, idea dan cerita kejayaan yang dikongsi bersama-sama. Tidak kiralah perkongsian ini datang dari latar belakang yang berbeza, pangkat dalam bisnes yang tak sama. Dari pangkat yang rendah hinggalah ke pangkat Master Coordinator, semuanya tidak lokek dengan ilmu. 


4. Tidak bersaing tetapi saling memberi

Walaupun kami semua dalam bisnes yang sama, tetapi kami tidak kisah untuk berkongsi tips-tips untuk berjaya dalam bisnes ini. Inilah komuniti yang sangat membantu untuk berjaya. Kerana matlamat kami adalah bukanlah untuk berjaya seorang, tetapi untuk semuanya berjaya. Jadi, sangat penting untuk berada dalam komuniti yang saling membantu sama lain. 


5. Mentoring dari mentor yang telah berjaya

Sistem bisnes ini yang mudah diduplikasi, jadi sangat penting untuk ada mentoring daripada mentor yang telah berjaya. Jadi kita tidak akan terkongtang-kanting mencari rentak dalam bisnes shaklee ini. Walaupun kita sebagai pemula, bisnes ini mudah untuk kita jalankannya. 

Bukan senang untuk kita menjalankan bisnes seorang diri. Perlu ada mentor yang boleh tunjuk ajar dalam menjalankan bisnes ini. Selain itu, dengan adanya mentor, kita tidak perlu langgar dinding lagi untuk berjaya. Kita boleh ikut step yang mentor telah lalui sehingga beliau boleh berjaya.


6. Pengisian Rohani

Dalam komuniti bisnes ini banyak diterapkan pengisian rohani. Ini kerana dalam bisnes bukan sahaja kita ingin berjaya di dunia, tetapi diakhirat juga. Jadi, selain belajar tentang ilmu kesihatan dan bisnes, banyak juga pengisian rohani yang diberikan. Jadi, kita boleh seimbangkan antara semua aspek.


7. Visi & Misi yang sama

Di dalam komuniti bisnes shaklee ini, kami mempunyai misi dan visi yang sama. Selain ingin menambah sumber kewangan, kami juga ingin membantu mereka yang memerlukan produk makanan tambahan yang terbukti selamat, dan berkesan. Jadi, apabila mempunyai misi dan visi yang sama, kami akan bergerak seiring. Bukan berbisnes semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi lebih kepada educate people kepada jalan yang lebih sihat. 

8. Support system yang terbaik

Komuniti bisnes shaklee ini juga mempunyai support system yang sangat baik. Walaupun kami tidak kenal satu sama lain secara rapat, tetapi mereka mudah memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Dalam bisnes, sangat penting untuk ada support sistem yang baik, supaya bisnes kita kekal momentumnya. 

9. Sentiasa Up to Date

Dalam komuniti bisnes shaklee ini, kami sentiasa up to date tentang tips, amalan, dan cerita tentang bisnes kepada rakan-rakan bisnes. Sekiranya ada berita tentang promosi atau maklumat terbaru darai pihak shaklee, cepat aje berita sampai kepada kami semua. Tiada istilah tahu seorang diri sahaja. Akan tetapi akan berkongsi pada yang lain.

Inilah komuniti bisnes yang perlu dicari. Ciri-ciri ini perlu ada dalam setiap bisnes yang dijalankan. Tidak kiralah bisnes menjual apa barang sekalipon. Semakin besar komuniti bisnes kita, semakin kita rasa semangat untuk terus bersama mencipta kejayaan. 

Terima kasih kepada komuniti bisnes Shaklee di Malaysia ini. Sentiasa ada bila diperlukan.  

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023         

                        -------------------------------------------------------------------------------


Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia


---------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...