Info Menarik

Monday, February 13, 2023

Diet Intermittent Fasting. Selamat atau tidak?

Intermittent Fasting menjadi trend popular masa sekarang bagi warga Malaysia samada mereka ingin turunkan berat badan atau inginkan badan yang sihat. Tetapi adakah intermittent fasting ini selamat diamalkan?

Nak tahu lebih lanjut tentang intermittent fasting? Jom baca sampai habis...


Intermittent Fasting



Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting atau singkatannya IF ini merupakan satu kaedah gaya pemakanan dimana kita mengasingkan waktu untuk makan dan tidak makan dalam selang masa yang tertentu. Kebiasaaannya intermittent fasting dilakukan selama 12 hingga ke 18 jam dalam sehari. 

Bagi umat Islam, intermittent fasting ini menyerupai seperti berpuasa di bulan Ramadhan, cuma bezanya dalam intermittent fasting ini, kita masih lagi boleh mengambil minuman yang kosong kalorinya. Dan juga selang masa juga tidak sama, ia bergantung kepada kemahuan kita.


Manfaat intermittent fasting

Apabila kita melakukan intermittent fasting, kita tidak boleh makan dalam selang masa tertentu. Jadi, pada waktu ini, kita memberikan masa kepada sistem penghadaman kita untuk berehat. Selain itu, fungsi organ penghadaman kita akan reset semula supaya organ kita boleh berfungsi pada tahap yang lebih bagus.

Dengan cara ini, organ badan kita akan cuba menyesuaikan dengan keadaan dimana tiada makanan diberikan kepadanya. Ia juga dapat membantu badan kita memperbaiki tekanan darah dan tahap kolesterol dalam badan kerana kita melakukan pembakaran lemak dengan lebih effektif semasa berpuasa. 

Selain itu, badan kita juga dapat memperbaiki masalah kerintangan insulin yang sering terjadi kepada pesakit diabetes. 


Golongan yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent fasting

Terdapat beberapa golongan yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent fasting kerana ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan mereka. Antaranya adalah:

  1. Ada masalah kesihatan seperti diabetes atau darah tinggi yang terpaksa mengambil ubat pada waktu-waktu tertentu
  2. Wanita hamil atau sedang menyusukan bayi
  3. Kanak-kanak
  4. Mereka yang mempunyai tekanan darah rendah
  5. Mempunyai masalah kurang berat badan atau malnutrisi
Jadi, kepada golongan yang tidak digalakkan ini haruslah berbincang dengan doktor untuk mendapatkan pandangan mereka yang lebih pakar.

Selamat atau tidak buat intermittent fasting?

Melakukan intermittent fasting lebih kurang sama seperti kita berpuasa. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak sangat manfaat apabila kita berpuasa. Jadi, intermittent fasting ini tentunya tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan kita sekiranya kita buat dengan cara yang betul.

Kepada mereka yang baru hendak mencuba intermittent fasting, dinasihatkan supaya buat pada selang masa yang rendah dahulu, kemudian barulah tingkatkan pada selang masa yang lebih lama.

Selain itu, sewaktu melakukan intermittent fasting, kita masih lagi boleh mengambil minuman yang kosong kalorinya seperti air masak, teh dan kopi tanpa gula. Ini bagi mengelakkan badan kita terdehidrasi.

Kesimpulannya, intermittent fasting ini selamat dilakukan bergantung kepada kesihatan kita dan kemampuan diri kita.

Selain itu, boleh juga baca tentang intermittent fasting: boleh turunkan berat badan

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee







No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...