Berdasarkan pengalaman mereka yang telah menjalankan intermittent fasting ini, meraka bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, akan tetapi ia sangat bagus diamalkan oleh pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.
Walaupun telah ramai yang mendapatkan kebaikan daripada proses intermittent fasting ini, masih ramai yang tidak tahu bahawa ia juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius sekiranya dilakukan secara berlebihan. Apakah keburukan utama intermittent fasting ini? Baca lebih lanjut untuk mengetahui keburukan intermittent fasting ini.
Mencapai proses autophagy dengan intermittent fasting
Sebelum Mia membincangkan lebih lanjut berkaitan keburukan intermittent fasting, Mia akan terangkan secara ringkas tentang intermittent fasting dan cara mencapai autophagy.
Intermittent fasting adalah sejenis diet yang berorientasikan kepada waktu dimana kita menjarakkan waktu pengambilan makanan dalam sela masa tertentu. Dan terdapat satu proses yang akan berlaku sewaktu kita menjalankan diet intermittent fasting, iaitu autophagy.
Proses autophagy ini telah ditemui oleh Molecular Biologist Jepun iaitu Prof. Dr. Yoshinori Ohsumi. Beliau merupakan pemenang hadiah Nobel 2016 melalui penyelidikan ulungnya ‘Mechanism of Autophagy’. Melalui penemuan ini, telah ramai yang tahu akan kepentingan berpuasa.
Kajian ini mendapati bahawa apabila sel didalam badan kita berada dalam keadaan kelaparan(starvation) dengan keadaan persekitaram yang rendah nutrisi melebihi 16 jam, proses autophagy ini akan diaktifkan. Didalam proses autophagy ini, sel-sel dalam badan yang telah rosak akan dijana semula melalui proses pemusnahan, penyingkiran, kitaran semula sel-sel tua dan rosak membentuk sel baru yang lebih sihat. Disamping itu, pembaharuan sel ini dapat memberi tenaga kepada tubuh badan kita.
Proses autophagy ini sangat penting untuk:
- Mencegah pembentukan sel kanser
- Mencepah penyakit berjangkit
- Mencegah penyakit berkaitan ketahanan sistem imun
- Mengurangkan risiko gangguan neurodegeneratif seperti parkinson
Keburukan Utama Intermittent Fasting
Disebalik banyak kebaikan intermittent fasting ini, terdapat satu keburukan utama intermittent fasting. Terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017, mengatakan bahawa sekiranya proses autophagy terlalu menguasai dalam sesuatu masa, ia dapat menyebabkan badan kita kehilangan jumlah kolagen yang banyak.
Seperti yang kita tahu, kolagen adalah sejenis protein yang jumlahnya paling banyak dalam tubuh manusia. Lebih kurang 25%-35% kandungan protein yang terdapat dalam badan kita terdiri daripada kolagen yang berfungsi sebagai komponen utama tisu penghubung. Kolagen juga merupakan bahagian penting dalam kulit, tendon, otot, ligamen dan saluran darah serta bahagian mata dan gigi.
Apabila kolagen kurang, tiada apa yang menyokong tisu badan kita tadi. Lama kelamaan, muncul kedutan di tepi mata, tangan dan kaki. Selain itu, tulang kita akan mudah rapuh kerana sebahagian kolagen juga terdapat dalam tulang kita. Bahagian lutut juga akan mudah terasa sakit akibat kekurangan kolagen yang terdapat di tulang rawan di lutut.
Jadi, terdapat banyak masalah yang akan berlaku apabila badan kita kekurangan kolagen.
Sumber kolagen daripada supplements terbaik
Jadi, sangat penting untuk kita mengetahui bahawa kita perlu mengambil kolagen sewaktu membuat intermittent fasting supaya badan kita sentiasa mendapat sumber kolagen. Jadi, adalah baiknya sekiranya kita boleh mengambil supplement kolagen daripada supplements terbaik.
Ini adalah salah satu kolagen yang boleh kita ambil sewaktu membuat diet intermittent fasting. Kolagen daripada Shaklee ini diformulasi dengan Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) dan ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal jelita.
Antara kelebihan Kolagen Shaklee ini adalah:
1. Sumber Berkualiti Tinggi
Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.
2. Penyerapan yang Lebih Baik
Shaklee Collagen Plus Powder mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1,000 Dalton yang mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap.
3. Bahan-bahan yang diperkaya
Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.
4. Mudah dalam pek
Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Selain itu, kolagen shaklee ini juga bagus untuk:
- Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit dengan mengurangkan garis halus dan kedutan.
- Mengecilkan liang pori dan meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
- Melembapkan dan membekalkan nutrien kepada kulit dari dalam supaya lebih cerah, berseri.
- Meningkatkan kesihatan rambut.
- Membantu menegangkan kulit kendur untuk bentuk badan yang lebih menarik dan kelihatan lebih sihat.
Jadi, sangat banyak manfaat untuk kita mengambil supplements terbaik dari collagen shaklee ini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan produk ini, boleh terus klik link dibawah.
Jadi kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan diet Intermittent fasting, sentiasalah cakna dengan apa yang kita lakukan. Rasulullah saw juga sangat menggalakkan kita berpuasa terutama puasa wajib di bulan ramadhan dan berpuasa sunat, tetapi tidaklah sehingga membebankan diri untuk berpuasa sehingga 20 ke 70 jam lamanya. Kita sendiri tahu akan kemampuan badan kita. Jangan sampai ia boleh memudaratkan kesihatan badan kita. Bersederhana itu lebih baik.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
-------------------------------------------------------------------------------
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]
Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp
FB : Salmiah Md Zain
COD | Sekitar Kepala Batas
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...