Info Menarik

Saturday, March 18, 2023

6 Sebab kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

Sekarang telah ramai yang cakna dengan keperluan supplement untuk keperluan badan dan masih ramai yang mencari-cari supplements terbaik di Malaysia. Sebenarnya tidak sukar untuk mencari supplements terbaik di Malaysia ini. Salah satu cara untuk mengenalpasti supplements yang terbaik boleh kita nilai berdasarkan Trusted Brands Award.

Melalui Trusted Brands 2022, jenama Shaklee telah memenangi Trusted Brands Award bagi kategori supplements terbaik di Malaysia untuk tahun 2022. Ini menunjukkan supplement Shaklee adalah supplement yang terbaik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. 

supplements terbaik di Malaysia


Bukan disebabkan Mia sebagai pengguna tegar dan pengedar produk Shaklee mengatakan bahawa supplements Shaklee adalah yang terbaik di Malaysia, akan tetapi ia telah dibuktikan oleh undian rakyat Malaysia. Buktinya boleh kita lihat juga dalam entry Set Kurus Shaklee ini dimana produk ini sangat berkesan dan mendapat permintaan ramai. 

Jadi, mari kita rungkaikan kenapa Shaklee adalah supplement terbaik yang menjadi pilihan rakyat di Malaysia.

6 sebab kenapa Shaklee menjadi Supplements Terbaik Di Malaysia


1. Supplement yang selamat diamalkan
Oleh kerana supplements Shaklee dihasilkan daripada sumber bahan mentah yang organik dan semulajadi, ia selamat diamalkan. Hal ini kerana pihak Shaklee telah mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun bagi memastikan kualiti dan potensi produk ini. Pihak Shaklee juga menjalankan sebanyak 350 ujian setiap tahun untuk mengenalpasti pencemaran yang berbahaya, racun perosak dan sisa lain pada bahan mentahnya. 

Betapa komitednya pihak Shaklee untuk membekalkan produk yang selamat diamalkan sehinggakan pihak Shaklee pernah kerugian kerana membuang bahan mentah yang mengandungi racun perosak. Jadi kita tak perlu ragu dengan keselamatan produk Shaklee lagi.

2. Supplement yang terbukti
Supplements Shaklee terbaik di Malaysia kerana ianya terbukti melalui paten yang telah kita hasilkan. Terdapat lebih daripada 100 paten dan sedang dipatenkan dalam produk Shaklee. Selain itu, Shaklee juga mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuklah Kajian Landmark dan Kajian Telomere.

Boleh lawati healthresource.Shaklee.com untuk keseluruhan kompendium penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.

3. Supplement yang berkesan
Supplements Shaklee juga dikatakan berkesan berdasarkan keputusan atlet yang telah mengambil produk Shaklee. Ianya telah dibuktikan apabila terdapat atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak dan gangsa dalam RIO2016. Bahkan produk Shaklee juga telah diambil oleh angkasawan NASA

Selain itu ianya terbukti berkesan kepada saya sendiri yang telah menggunakannya sejak dari tahun 2012 lagi. Dan ramai juga yang akan repeat order produk ini kerana ianya berkesan kepada mereka. 



4. Supplement yang mempunyai Landmark Study
Kajian Landmark merupakan kajian terbesar yang dilakukan kepada pengguna jangka panjang yang mengambil pelbagai jenis supplements. Kajian ini memerlukan para peserta menjalani pengambilan sample darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama meraka. Kajian ini diketuai oleh pihak ketiga iaitu Dr. Gladys Block iaitu penyelidik makanan terkenal bersama University of California, Berkeley. 

Berdasarkan hasil kajian, ia menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplements Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding mereka yang tidak mengambil supplements dan mereka yang mengambil supplements jenama lain.

Untuk lebih terperinci, boleh lihat video dibawah ini bagaimana kajian ini dijalankan dan bagaimana hasil yang didapati.



5. Supplement yang telah lebih 100 tahun
Supplements Shaklee juga terbaik di Malaysia kerana ianya telah berada di pasaran sejak 100 tahun dahulu. Inovasi dari seorang doktor iaitu Dr. Forrest C. Shaklee 100 tahun dahulu telah menghasilkan ramuan terbaik untuk dijadikan sebagai multivitamin semulajadi telah memberikan kebaikan kepada semua orang pada masa sekarang. 

Antara tips penting untuk kita pilih supplements terbaik adalah ianya telah berada lama di pasaran kerana ia boleh membuktikan bahawa supplements tersebut terbukti berkesan dan selamat diambil. 

6. Supplement yang mempunyai sijil halal
Antara perkara terpenting yang perlu ada untuk menunjukkan supplements itu terbaik di Malaysia adalah ia mestilah mempunyai status halal. Produk Shaklee telah mendapat sijil halal daripada Islamic Services of America (ISA). ISA adalah salah satu organisasi yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika. 

Sijil halaln daripada ISA telah diiktiraf secara global di lebih 70 buah negara termasuklah oleh JAKIM di Malaysia sejak 1982 lagi. Jadi, tidak perlu ragu-ragu lagi tentang kehalalan produk Shaklee ini.

halal shaklee

Banyak lagi sebenarnya sebab kenapa Shaklee adalah supplements terbaik di Malaysia. Ini Mia cuma senaraikan 6 sahaja. Semoga ianya memberi titik tolak kepada anda semua untuk membuat keputusan untuk memilih supplements terbaik untuk anda amalkan. Pengambilan supplements untuk menambah nutrisi yang kurang dalam badan kita mampu untuk menjamin kesihatan kita yang lebih baik. 

Pilihan di tangan kita, dan kita juga boleh menilai baik dan buruknya sesuatu supplement itu. Mia memang menitikberatkan bahan yang digunakan dalam sesuatu supplement kerana ianya akan masuk ke dalam badan kita. Supplements terbaik tentunya tidak akan memberi kemudaratan kepada badan kita. 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplements Shaklee ini, boleh terus hubungi Mia. Mia juga akan terangkan lebih lanjut supplements yang anda perlukan mengikut keperluan anda. Hubungi Mia sekarang!!!


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


-------------------------------------------------------------------------------
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | Sekitar Kepala Batas
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...