Info Menarik

Sunday, February 26, 2023

Projek Blog Mega Shaklee 1.0: Review & Feedback

Minggu lepas, maka berakhirlah Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang ditaja oleh penaung kumpulan Euphoria iaitu Master Norita dan Master Salwa Zeyn sebagai moderator projek. Projek Blog Mega Shaklee telah berjaya ditamatkan dengan penyertaan seramai 150 lebih peserta. Memang tak sangka sambutan sangat menggalakkan daripada semua SID dalam Projek Blog Mega Shaklee ini.


Mia juga tidak ketinggalan untuk menyertai projek ini walaupun Mia masuk pada intake ke dua. Atas hati budi bicara Master Norita, beliau telah membuka dua kali pengambilan kerana penyertaan sangat menggalakkan. Mujur Mia sempat untuk join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini. 

Blog Mega Shaklee

Di dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, kami telah diberikan tugas untuk menyiapkan dua entry menggunakan keywords yang sama. Dua entry tersebut adalah tentang Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee.


Kemudian ada tugas lain yang perlu kami selesaikan dalam masa yang diberikan. Memang agak mencabar pada mulanya, akan tetapi apabila lihat pada semangat kawan-kawan untuk menyiapkannya, Mia juga rasa terpanggil untuk siapkan dengan cepat juga. 


Inilah yang dikatakan dengan semangat berpasukan. Tujuan Projek Blog Mega Shaklee ini diadakan adalah untuk mewujudkan kembali gelombang Shaklee yang telah terjadi pada tahun 2014 dulu. Jadi, kami perlu bergerak dalam kumpulan untuk menjayakan matlamat ini.

 

Ada sebab kenapa medium blog digunakan dalam projek ini. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, medium blog sangat popular, akan tetapi medium ini telah ditinggalkan kerana banyak media sosial yang lain yang lagi senang seperti Facebook, Instagram dan yang terbaru adalah TikTok. Mia dulu pon sebelum start bisnes shaklee, dah ada blog. Sehinggalah masuk dalam bisnes Shaklee pon masih menggunakan medium ini. 


Akan tetapi, sejak 2,3 tahun yang lepas, dah jarang update blog akibat kekangan masa. Jadi, apabila ada program seperti ini, memang Mia tak akan lepaskan peluang untuk sertainya kerana dalam masa yang sama Mia boleh aktifkan kembali blog Mia ini. 


Sebenarnya banyak halangan juga ketika ingin membuat task yang diberikan. Disebabkan blog Mia yang dulu dah lama tak berupdate, domain blog Mia telah dibeli oleh orang lain. Sedih sangat tau bila tahu perkara ini. Namun, Mia tak patah semangat, Mia terus buat blog baru. Insyaallah boleh naik semula dengan blog baru ini.


Jadi, di dalam projek ini banyak yang Mia boleh belajar. Salah satunya adalah erti sabar. Ini kerana dalam task ini, kita perlu meletakkan link partner kita dalam entry yang telah dibuat. Jadi, kita perlu bersabar menunggu partner kita untuk menyiapkan entry nya terlebih dahulu. Untuk naik bersama-sama, kita perlukan satu kumpulan yang bersatu hati untuk berjaya. Barulah kita akan berjaya.


Sekiranya kita nak berjaya hanya seorang, ianya sangat susah untuk dilakukan. Jadi, projek ini mengajar kami semua untuk bergerak secara berkumpulan supaya semua orang boleh berjaya. 



Tak sabar untuk sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0. Walaupun task yang diberikan akan lebih banyak dan mencabar, InsyaAllah dengan semangat berpasukan, ianya tidak akan menjadi perkara yang mustahil. Keluar dari kehidupan yang selesa akan membuatkan kita lebih kental untuk menghadapi ujian dimasa hadapan. InsyaAllah. 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
-------------------------------------------------------------------------------

Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]

Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif 
☑️ Konsultasi percuma berterusan 
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

COD | Sekitar Kepala Batas
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------

 




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...